Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Ucapan Dyana Sofya Mohd Daud setelah mendapat keputusan




Dyana Sofya Mohd Daud berkata kekalahan beliau kepada Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan bukanlah penamat bagi beliau dalam politik.

Katanya lagi, perjuangan mesti diteruskan demi 19K pengundi beliau.

......
http://video-kini.blogspot.com/

PAS tumpu Dun Changkat Jong



PAS akan memberikan tumpuan kepada Dun Changkat Jong yang mengandungi 22 UPU yang kebanyakkan pengundinya adalah pengundi Melayu.

Video Oleh Harakah Daily

Macai UMNO ganggu kempen Pakatan Rakyat di PRK Teluk Intan



Lim Kit Siang, Dyana Sofya, Raja Bahrin telah dihalang oleh macai UMNO dengan menggunakan motor. Cara dan pemikiran macai UMNO ketinggalan 20 tahun. Ini akibat didikan UMNO yang sukar nak majukan otak orang Melayu... buat malu Melayu aje.

Kita diajar adab dan kebebsan kenapa dalam saat begini ada lagi manusia yang tak tahu adab dan kebebsan.

Video-Kini

http://video-kini.blogspot.com/

Mengimbau Kembali Isu Hudud Sebelum Ini..



Hudud menjadi cercaan pimpinan UMNO kerana mereka jahil dengan agama mereka sendiri. UMNO menjadi rosak kerana ucapan pimpinan mereka menggunakan akal dalam mengulas agama tidak ditegur oleh cerdik pandai agama termasuk mufti. Mereka ibarat "terompah" dalam UMNO.

Gambaran salah tentang hudud kian menular sehingga sekarang sehingga orang bukan Islams endiri tidak jelas mengenai undang-undang hudud.

Suasana Pengundian di Kuala Besut



Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Pengundi Kuala Besut mari pakat cipta sejarah 16:16



Ceramah Perdana oleh Ustaz Nassuruddin Daud di Kg Tok Sabok pada 22 Julai 2013.

Ceramah Kuala Besut Oleh Tuan Ibrahim



Peliklah Oghe Kuala Besut Tok Kenal Che Long
Tuan Ibrahim Tuan Man
Sumber Terengganukini

UMNO Memerintah Terengganu,Segala Barang Runtuh



Ceramah Kelompok PRK Kuala Besut di Rumah Pak Mud, UPU Bukit Puteri

Penceramah : Dato Mohd Amar (Timbalan Menteri Besar Kelantan)
Tarikh : 17 Julai 2013

Sumber: Terengganukini

Ambillah MB, kami hanya nak Kuala Besut - Abdul Hadi



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak mahu jawatan menteri besar Terengganu jika parti itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah "satu perangkap".

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan di Terengganu. Jangan (rakyat) mudah terjebak dengan perangkap itu.

"Mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika mempunyai perubahan di kerusi DUN dengan keadaan 16:16," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya pengundi di DUN Kuala Besut tidak terjebak dengan kempen yang disifatkannya sebagai "riverse psycology" PAS.

Sebaliknya, tegasnya, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Dalam ceramahnya malam kelmarin, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang antara lain berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno mengingatkan pengundi bahawa akan berlaku 'kerajaan tergantung' dan mendakwa akan menyebabkan ketidakstabilan politik di Terengganu jika "teori 16:16" menjadi kenyataan.

"Oleh sebab itu, pengundi di Kuala Besut cukup penting untuk menentukan masa depan Terengganu. Kalau kerajaan tergantung, kerajaan negeri tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan siapa yang boleh bentuk kerajaan, kerana mempunyai kerusi yang seimbang. Oleh itu, tentukan BN menang terus, dengan memperoleh kerusi yang ke-17," katanya.

Sementara itu, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh menyifatkan pilihan raya kecil ini paling tenang dalam sejarah dan sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung perjalanan kempen.

Sambil berharap trend itu berlanjutan sehingga kempen tamat, beliau berkata sebanyak 2,789 anggota polis dikerahkan bertugas pada pilihan raya itu dan perbelanjaan sebanyak RM10.4 juta untuk PDRM mengendalikan pilihan raya ini.

Rafizi ulang kenyataan di luar dewan berkenaan pembekal dakwat kekal



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.

ec wan ahmad wan omar in kaula besut"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.

Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.

16:16 Tidak Mustahil Akan Berlaku



Haji Mohamad Sabu berkata tidak mustahil untuk dapat 16:16 dalam ceramahnya di Kuala Besut untuk PR Kecil 2013.

Sukan 1 Malaysia

Ini cara Najib BN akan memenangi pilihan raya ke-13 nanti. Awas!!

Islam Wasatiyyah UMNO-BN joget dengan bapuk


Ini lah contoh yang perlu kita ikut!!  Islam Wasatiyyah Najib Razak
 
Support : Creating Website
Copyright © 2013. Video-Kini - All Rights Reserved
Ubahsuai by Assistant
Proudly powered by Blogger